Thursday, June 14, 2012

25 Pesanan....


25 Pesanan Luqmanul Hakim

Mari kita hayati bersama beberapa pesanan/nasihat yang telah diberikan
oleh Luqmanul Hakim…

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada Allah .

02 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk
menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah . Orang
yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan
sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.

03 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri
dalam beribadat dan taat kepada Allah , maka dia tawadduk kepada
Allah , dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha
menghindarkan maksiat kepada Allah .

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana
kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah
bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang
itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang
menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah . Takutlah kepada Allah
dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas
dari sifat berputus asa dari rahmat Allah .

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya
kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak
akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar.
Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah
daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya
mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada
semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan.
Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat
sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan,
kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya
bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang
takwadan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara
meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau
selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal
itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah
banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka
ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah.
Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan
kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak
demikian, maka berhati hatilah.

17 - Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis
wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi
sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya
sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.
Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang
tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain
kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan
hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan
Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk
yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan
kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih
selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu
mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana
sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan
yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu,
janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa
yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi
racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor
tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi
berilmu.  Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini
mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah
dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,
dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan
engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana
nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain.
Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis
airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah
tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang
bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Wallahua’am…




Saturday, June 9, 2012

none of your business!

sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita.. ok.. tk leh masuk rancangan 'Jangan Lupe Lirik'.... tapi teringin nak masuk.. poyo...

Lama tak berinteraksi dalam blog ni... mcm nk bercerita panjang tapi .. terpaksa 'make it short'.. belum tiba masanya untuk berceloteh panjang... banyak kejadian telah berlangsung.. baik yang ok, baik yang tk ok dan baik yang memang tk best langsung... rasa lebih pahit dari ikan yang digoreng hangus...rasa tak sedap! walau bagaimanapun, kita mesti redha... tuhan itu maha adil.. ada hikmah disebaliknya.. ada sebab sesuatu itu terjadi... maka terima dengan hati yang terbuka.. jangan tutup.. jika tutup maknanya tak mau terima ketentuan DIA... DIA yang plan utk kita.. so terimalah.. DIA planner yang terbaik!  Usah dipertikaikan keputusanNYA!

Pernah sampai satu tahap, putus asa... tapi bila fikir semula, buat kajian, research, no.. hanya orang yang lemah sahaja yang berputus asa... dan DIA akan menolong orang-orang yang benar.. cool babe... sebab ada orang yang tidak boleh tgk orang lain bahagia, happy... please le.. buang PHD tu..

Orang yang bangun awal dengan orang yang kuat tidur, mana satu yang akan dibantu? pinjam tagline nabil 'lu pklah sendiri!'  bgn lewat petang.. rugi setengah hari babe... rugi.. memang apa yang saya luahkan ini semua 'none of my business! tapi saya luahkan ni sebab ini peringatan untuk diri saya sendiri... dan sekiranya ada yang terasa tu, may be itu pahala saya kot sebab boleh membuatkan orang lain sedar...

Sayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain...  Suka Rejab... boleh kumpul pahala ... sebelum datangnya ramadhan... leh wish 'selamat berpuasa' tak.. awalnya.. okle.. selamat berpuasa ayu...

Tuesday, May 22, 2012

Kaunter pertanyaan

Kenapa dgn Cbox ye? lately ni tk leh nk tgk lak.. tqvm...

Wednesday, April 4, 2012

Urusan Rumahtangga Adalah Tanggungjawab Suami, Bukan Isteri


Saya pinjam artikel ini untuk dikongsi bersama.. tqvm mr. http://kursusperkahwinan.com/urusan-rumahtangga-adalah-tanggungjawab-suami-bukan-isteri/

Hai dan Salam Hormat kepada anda yang masih setia menjadi pembaca blog KursusPerkahwinan.Com saya ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan. Memang saya amat menghargai masa yang anda sudi luangkan untuk membaca dan menambahkan ilmu berkaitan hubungan rumahtangga yang amat penting ini.
Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi satu perkara yang tidak kurangnya penting bagi menjamin sesebuah hubungan perkahwinan agar terus kekal.
Mungkin apa yang bakal saya kongsikan pada kali ini bertentangan dengan pendapat majoriti dikalangan kita. Terutamanya bagi suami. Walaupun saya sendiri adalah kaum lelaki, tapi saya tidak pernah mengutarakan pendapat yang ‘berat sebelah’.
Sebenarnya, segala urusan hal-ehwal rumahtangga pada asalnya terletak di bahu suami.
Mengikut hukum Islam, tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:-
  • Menjaga anak
  • Menyediakan makan-minum isteri
  • Mengurus segala keperluan rumahtangga
  • Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
  • Menyelanggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagaianya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU. Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tututan kerja di pejabat.
Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.
Hal ini sejajar dengan salah-satu hadis Nabi yang mengatakan bahawa: ‘Seorang wanita solehah lebih baik daripada 40 orang lelaki yang soleh.’
Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk ingkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat. Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi la dia makan ubat ketika dia sedang sakit.
Ok, sekian sahaja perkongsian saya buat kali ini. Semoga suami-suami di luar sana mula sedar akan perkara ini.

Monday, March 26, 2012

Arab Beauty From Yaman









Product arab beauty...
super summer cake powder..
3 in 1.. moisturizer, foundation n powder...
look natural, because they target a specific skin and blood and sweat resistant.. only one sweep you will look smart all day.. just use water to clean your face.. Model yang berbaju biru ye.. tqvm... If interested, contact ayu ye..senang je kan?

Keistimewaan Kokuryu Super Summer Cake (Bedak Arab) ini ialah ia 3in1 dgn moisturizer, foundation & powder. boleh bertahan sehingga 8jam. Syoknya boleh digunakan ketika solat juga. Makin berpeluh bedak ini menghasilkan hasil yg sgt cantik. Ini yang paling best, ia juga mengecutkan jerawat dimuka.. sapa tak nak kan?... Boleh menjimatkan masa dan wang anda kerana tidak perlu memakai foundation lain sebelum memakai bedak arab ini. 


Bedak {Kokuryu Super Summer Cake} dah popular tahun 70an di Yemen Arab...Disebabkan cuacanya yang panas tu sama dgn cuaca kita, telah dibawa ke Malaysia demi utk perkongsian dan rahsia dari Arab..
Saya menggunakan bedak ini tanpa sebarang cream.. just basahkan sponge tersebut, then apply.. tu jer... :) menjimatkan sebab boleh digunakan sehingga 6 bulan... dah abis, beli lagi dgn saya... :)

Monday, March 19, 2012

persoalan

apa tugas guard? a.k.a pegawai keselamatan?

Monday, February 27, 2012

Takut ke?!

Jika anda rasa hebat.....

Dalam meniti arus kehidupan kita secara tidak sengaja akan bertemu dengan bff yakni masalah atau lebih dikenali sebagai cubaan..... Atau lebih famous dan ramai maklum sebagai pengalaman.. pengalaman pahit manis yang tidak terbayar oleh species lain dalam realiti.... ada pengalaman yang enak dan tidak kurang juga kurang enak... semua orang nak yang enak je kan.. :) suka atau tidak, bff ini perlu dialami tidak kira le status kan....


Ada yang ego tinggi... lebih tinggi dr langit... yang tidak mahu mendengar nasihat orang lain... bila bertemu dengan species ini, adalah lebih baik kita blah... tk de gunanya ... coz dia berfikiran setakat itu sahaja.. adalah lebih baik kita berkawan dengan species yang boleh memajukan kita ke hadapan... tk kan kita nk mundur... memetik kata² seorang tokoh manusia yang sangat terkenal di seluruh dunia.. 'orang yang tidak bangun itu dan yang selalu bangun lambat adalah orang yang mundur, bagaimana dia hendak menjadi seorang pemimpin? ' sangat seronok dapat berkongsi idea dengan tokoh tersebut... dapat kukutip secebis pengalaman yang tidak ternilai harganya...


Hidup ini seperti roda.. tidak menentu dan tidak seperti yang diharapkan selalu... yang pasti, pegangan hidup biarlah berlandaskan yang rasional.. DIA yang plan untuk kita.. DIA yang aturkan struktur yang pelbagai untuk semua... percaya padaNYA... Insya-Allah everything should be ok... tapi ada juga yang kolot.. yang kolot itu, ignore je... tiada faedah... lari!!! :) Yang penting DIA tahu apa yang kita buat... Jika kita rasa kita ni hebat, sebenarnye ada orang lain yang lebih hebat dari kita.. Jika kita rasa diri kita ada masalah besar, ada orang lain yg lebih hebat masalah dia dari kita.... renung²kan lah... selamat merenung.....

Setakat ini sahaja coretan yang very short one... saja je.. sebab ada kawan tegur, ni dah 2012... so inilah penulisan 2012 yang pertama setelah kita hampir meninggalkan Feb 2012... Selamat datang Mac 2012..

Semoga kita mendapat keberkatan dariNYA.... Semoga apa yang kita hajati diperkenankan.. amin... i pray for it...