Monday, January 11, 2010

Kata-kata hikmah.....

Salam, Blog!
Orang kata, ilmu jangan lokek.. sedikit kata2 hikmah untuk santapan minda bersama...

(1) من جد وجد ومن زرع حصد
Sesiapa yang berusaha akan berjaya & sesiapa yg menanam akan menuai hasilnya.

(2) خير الكلام ما قل ودل
Sebaik2 percakapan adalah yang ringkas & tepat.

(3) شفاء العين السؤال
Penawar bagi org yang tak tahu ialah bertanya.

(4) العقل السليم في الجسم السليم
Akal yang cerdas berada pd tubuh yang cergas.

(5) القراءة مفتاح العلم
Membaca adalah kunci ilmu pengetahuan.

(6) رضا الله في رضا الوالدين
Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa.

(7) أطلب العلم من المهد الى اللهد
Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.

(8) الاءتحاد أساس النجاح
Perpaduan asas kejayaan.

(9) الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك
Waktu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

(10) اليد العليا خير من اليد السفلى
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

(11) ان لم تستح فا صنع ما شئت
Sekiranya kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu suka.

(12) الدعاء مخ العبادة
Doa adalah tonggak ibadah.

(13) الوضؤ سلاح المؤمن
Wuduk merupakan senjata orang mukmin.

(14) آفة العلم النسيان
Penyakit ilmu adalah lupa.



4 comments:

sI tEDI said...

sharing is caring! TQ

aurikelsan said...

teringat zaman skola belajar bahasa arab..

~aSHa~ said...

nice...boleh digunakan dlm kehidupan harian..tq

afayufu said...

yup.. tedi, sharing is caring.. you are most welcome.. aurikelsan, dah lama tk praktikkan..hehehe.. asha.. yup.. my pleasure...